

LET'S MAKE IT DIFFERENT
![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() |

Info Produk
Kami menjual pelbagai jenama jam tangan dan kasut seperti G-Shock, Vans, Nike, Adidas, Fila, dll. Nak Iphone murah? Jangan risau kami juga ada menjual Iphone yang mur mur je.
Kami memberi khidmat postage PERCUMA dengan pembelian di G-Shop.
Kasut yang kami ada sangat selesa dipakai dan sesuai untuk kegunaan seharian.
Jam tangan yang pelbagai jenama sesuai untuk lelaki dan perempuan. Jam tangan yang kami jual mempunyai pelbagai warna serta design yang menarik.
Iphone original dengan harga yang murah.
FILA DISRUPTOR II REVIEW
FILA(SYARIKAT)
Fila merupakan salah satu syarikat pengilang terbesar di dunia dalam industri pakaian sukan. Syarikat ini diasaskan pada tahun 1911 di Itali dan kini dimiliki dan dikendalikan dari Korea Selatan semenjak pengambilalihannya pada tahun 2007. Yoon-Soo Yoon bertindak sebagai Pengerusi dan CEO dan mempunyai pejabat di lebih 11 negara seluruh dunia.
Fila pada kali ini telah melakukan kolabrasi terbaru bersama kedai streetwearpremium yang berasal dari Itali iaitu Holypop untuk menghasilkan Kasut Holypop x Fila Disruptor. Model ini telah direka oleh pengasas bersama Sattavision, iaitu studio tatu yang paling terkenal di Milan, Yuri Sata.
SEJARAH
Fila telah diasaskan di Biella, Piedmont oleh adik-beradik Fila pada tahun 1911. Pada asalnya, ia memulakan perniagaan dalam pembuatan pakaian untuk masyarakat Alps Itali dan sekarang telah mengilangkan pakaian sukan untuk lelaki, wanita, kanak-kanak dan atlet.
RUJUKAN

"Executive Bios at Fila.com". Fila.com. Dicapai 9 Julai 2011.
TOP 5 G-SHOCK WATCHES
The Father Of G-Shock
Inilah rupa individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam G-Shock yang pertama, Mr. Kikuo Ibe. Menurut Kikuo G-Shock tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh.

Beliau yang pada ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan jam yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981 dan ianya diberi nama "Project Tough".
Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menghasilkan ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TEN yang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?
1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun
Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shock dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991.
G-Shock menjadi semakin lagendary pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elit Delta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan battle proven.

PERBEZAAN IPHONE ORI VS CLONE
1. Kemaskini iOS
Apple sehingga hari ini, tidak melupakan peranti generasi lama mereka. Bayangkan, iPhone 5S yang dilancarkan pada tahun 2013 sehingga hari ini masih menerima kemaskini iOS 12. Ini bermakna, Apple masih memberi kemaskini iOS walaupun peranti generasi lama mereka sudah berusia lima tahun. Peranti Android pula, hanya berjumlah tiga tahun. Di mana dalam tempoh tersebut, dua tahun kemaskini sistem operasi dan tiga tahun kemaskini tampalan sekuriti.
2. Ekosistem iOS
Kebanyakan penggemar produk Apple, pasti akan memiliki sekurang-kurangnya dua produk mereka. Seperti iPhone dan iPad, iPhone dan Macbook atau kesemuanya sekali. Ekosistem iOS ini sangat baik, sehinggakan pengguna boleh menjawab panggilan telefon dan membalas SMS dari iPhone secara terus dalam Macbook atau iPad. Kemudian, tidak lupa juga dengan pembesar suara Apple Homepod. Apabila ditambat pada iPhone, pengguna dengan mudah boleh mengawal muzik dari Apple Music dan juga banyak peranti berhubung dengan arahan suara melalui Siri.
3. Kawalan Gesture
Kawalan gesture mula diperkenalkan pada iPhone X. Jika Apple tidak mengimplementasikan kawalan ini, pasti tiada peranti Android yang akan mengikut jejak langkah Apple. Kawalan gesture iPhone X tidak dinafikan adalah antara yang terbaik. Ia sangat lancar, animasinya cantik dan juga mudah digunakan. Jika pada peranti Android, kawalan gesturenya adalah bergantung kepada pengeluar peranti dan ia berbeza. Jadi, pengguna yang banyak memiliki banyak peranti Android pasti akan keliru.
4. Terbitan Media Sosial
Jika anda yang tidak tahu, Instagram pada awalnya adalah aplikasi media sosial yang khusus dibangunkan untuk pengguna iPhone. Oleh yang demikian, hasil gambar yang dimuat naik ke Instagram dari iPhone lebih cantik dari Android. Lebih-lebih lagi hasil video yang dimuat naik. Hasil video dari iPhone generasi lama lebih cantik berbanding peranti mercu Android jika dimuat naik pada Instagram Stories atau Instagram Live. Perkara yang sama jika pengguna memuat naik melalui aplikasi media soaial Facebook, Snapchat atau panggilan video WhatsApp.
5. Screen Time
Pada iOS 12, Apple memperkenalkan fungsi Screen Time. Screen Timeadalah satu fungsi yang boleh dikatakan sangat sama dengan Digital Wellbeing yang hadir pada Android 9.0 Pie. Cuma kali ini, Apple yang mulakan dahulu. Melalui Screen Time, pengguna boleh melihat berapa jam telah mereka habiskan masa pada sesuatu aplikasi. Seterusnya, Screen Time turut boleh diselarikan dengan tetapan ‘Do Not Disturb‘ agar ia tidak mengganggu pengguna pada waktu tidur. Berbeza dengan Android, Screen Time pada iOS turut boleh diselarikan dengan banyak peranti. Ini bermakna, jika pengguna iPhone tadi memiliki lebih dari satu iPhone atau iPad – mereka turut boleh lihat penggunaan aplikasi pada berbeza peranti dalam satu peranti.
6. Pengoptimasian Sistem Dan Aplikasi
Baik ketika membuka atau menutup aplikasi, anda akan perasan di iOS ianya lebih cantik, lancar dan menarik jika digunakan. Jika dibandingkan dengan peranti Android yang mempunyai pelbagai jenis antaramuka seperti EMUI, MIUI, ColorOS, Oxygen OS atau sebagainya – animasinya dan kelancarannya sangat berbeza. Ada yang sedikit lengah masa ada juga yang terlebih pantas.
7. Inovasi Fungsi/Ciri Dari Android
Betul! Ramai yang mengatakan Apple kerap meniru fungsi dan ciri dari Android. Tetapi pada Android 9.0 Pie kali ini, jika anda perasan persamaan antara iOS dan Android banyak. Google tiru Apple?Walaupun iOS meniru fungsi dari Android, apa yang menariknya adalah inovasi dan pengoptimasian yang dibawakan oleh Apple. Fungsi yang ditiru ini adalah lebih baik di iOS berbanding Android. Contoh, kemampuan meletak widget. Di iOS, terdapat satu talam khas untuk widget dan ia mudah diakses dengan hanya tatalan ke atas dan ke bawah.
8. Pengoptimasian Permua
Permua yang dinantikan ramai sering diperkenalkan untuk peranti iOS terlebih dahulu – sebagai contoh Fortnite. Malah terdapat sejumlah permainan yang ditawarkan untuk platform iOS sahaja, dan tidak terdapat pada platform Android. Selain itu, permintaan spesifikasi untuk permua pada peranti iPhone juga tidak begitu tinggi – sekaligus membolehkan peranti berusia beberapa tahun masih boleh memainkannya.
9. Sokongan Aksesori Untuk iPhone
iPhone turut terkenal dengan banyak pilihan aksesori. Menarik dengan iPhone adalah aksesori dari iPhone generasi lama masih boleh digunakan pada iPhone generasi seterusnya. Contoh, kerangka iPhone 5 masih boleh digunakan pada iPhone 5S dan iPhone SE. Begitu juga dengan pelindung skrin. Kemudian, kerangka pelindung pula iPhone 7/7 Plus boleh digunakan pada iPhone 8/8 Plus. Bolehkah aksesori dari OnePlus 5 digunakan pada OnePlus 5T atau aksesori dari Galaxy S8 diguna semula pada Galaxy S9? Hanya iPhone sahaja boleh.